Monday, September 12, 2011

Kisah Dongeng

Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah
Dari diri ini

Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk
Dia yang sudi

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerna rupa
Dalam waktu sedu, dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini

Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerna rupa
Dalam waktu sedu, Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Friday, April 08, 2011

7-4-2011 a day to be remembered...

pagi lagi mendapat perkhabaran yg tidak enak mengenai kuin http://bernama.com/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=577152

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PejabatINSANIAHrosakdilontarmolotovkoktel/Article

tp tak mahu komen byk2.nanti ada plak yg memanipulasikan cerita..

alkisahnya malam tu group s11 (ESP) telah mengadakan jamuan perpisahan..dh lama rasanya student tk buat jamuan2 mcm ni..tringat masa zaman br kerja dlu,rajin la budak2 buat..skang dh tk ada..bila ada rasa terharu la jugak bila ada..ehe

all the best to you guys!




Friday, March 04, 2011

Al fatihah Wan Ahmad Fadzil a.k.a Jay




I was surprised when i got news from kak busyra when she told me that one of fellow friends back in UIA passed away last Wednesday..although i didn't know him really well,but his kindness and friendliness pleases all.

It is sad to read his blog especially the one that was dedicated to his 2nd daughter CLICK HERE and also comments from all of his friends on facebook.


I hope for those who read this entry to recite al fatihah to brother Jay (Wan Ahmad Fadzil).May you rest in peace..

Thursday, February 24, 2011

Bawak lah daku pergi

Rindu, rindu daku saat ini
Ingin jumpa bertegur sapa
Tiada, tiada rasa lebih indah
Bila engkau tersenyum manja

Bawalah daku pergi
Dari gelisah ini
Bawalah daku pergi
Dari sepi hati ini

Bawalah daku pergi
Setulus hati yang suci
Bawalah daku pergi
Biar mati pun ku jalani

Jauh, jauh terasa di hati
Bila engkau tiada di sini
Syahdu, syahdu ucapan mu kasih
Tunggu jika dikau mengungkap kata

Friday, December 31, 2010

Selamat Bersara Mak!!!!!!!!

tahun baru melabuhkan tirainya..begitu jugak ngan mak..hari ni 31/12/2010 tamatnya perkhidmatan mak di JPPM cawangan negeri Kedah setelah berkhidmat lebih 30 thn ngan pelbagai agensi kerajaan bermula di Merinyu(sekarang dh tukar ke SSM),lesen TV di RTM dan terakhir di Pertubuhan..baru aku tahu rupanya mak dan ayah berkenalan as officemate masa kt merinyu..ish3...apa la cik Fiza ni..tak pernah menanya...

Apa pun di harapkan lps ni mak ada byk masa utk menjadi seorang suri rumah sepenuh ms dan dpt melakukan apa sahaja keinginan beliau selama yg di simpan sebelum ni..selamat bersara mak!



Wednesday, December 08, 2010

tonnes of scripts to be marked!



Last Monday (6th dec)my students (syariah,usuluddin and arabic) did their reading and writing final exam.So this is it.It's time for me to read and mark almost 100 scripts with 17 pages each.phew!pray for me!

Saturday, December 04, 2010

Tika Dinihari

Tika Dinihari
Album : Devotees
Munsyid : Devotees



Oh Tuhanku
Tiada indah di malam yg ini
Melainkan dengan bermunajat kepadamu
Tiada indah suatu hari yg Aku lalui
kecuali dengan patuh kepadamu

Oh Tuhanku
Tiada indah hidup di dunia
melainkan berzikir dan menyebut namamu
Tiada indah tiba di akhirat yang abadi
kecuali dengan kempunan mu

Ya Allah Tuhanku
Yg merubahkanku Tetapkanlah
Hatiku Moga sentiasa
Dalam Agamamu
Jua taat akan perintahmu

Tuhan
Usah bebankan kami
Dengan bebanan yang berat
Seperti
Yang pernah kau berikan
kepada umat yang terdahulu Dari kami

Tuhan
Jangan Pikulkan Kami
Yang tidak kami terdaya
Maafkan salah kesilapan
Ampunkanlah Dosa-Dosa
Rahmatilah Kami

Thursday, November 18, 2010

Selamat Hari Raya Aidiladha

Selamat menyambut hari raya aidiladha buat semua umat Islam di seluruh dunia.Hari raya pertama,aku,ibu dan ayah pulang ke kpg halaman ayah di perlis kerana tokwan membuat korban seperti thn2 sebelumnya..pkl 12tghari,lembu siap di sembelih,di lapah dan seterusnya di bawak pulang..maka kerja2 memotong dan memasak di lakukan di rumah tok wan dan jugak di rumah pak lang.


Antara hidangan yg di sediakan pada hari raya pertama

Tuesday, November 16, 2010

Patah Hati

Saujana - Patah Hati

Kau tidak seperti dulu
Yang ku kenali dulu
Rupa hilang seri
manakah manisnya

Kau tidak seperti dulu
yang ku kenali dulu
Madah tak berlagu
Manakah girangnya

Patah Hati
Jangan terdampar sepi
Jangan tersungkur mati

Patah Hati
Jangan leburkan mimpi
Jangan memakan diri

Bukankah tuhan ciptakan malam
Untuk beradu menanti siang
Bukankah tuhan titiskan hujan
Menanti limpah kemarau panjang

Monday, November 15, 2010

Simba oo simba...

hari tu masa musim banjir yg hebat melanda negeri kedah,aku dan keluarga tak terkecuali "melarikan diri" dari bumi alor star ke kulim..bekalan air terputus di sana menyebabkan ayah aku mengambil keputusan utk "berehat" di kulim sementara menantikan banjir surut dan keadaan kembali pulih..syukur..walaupun banjir teruk melanda alor star,tp rumahku tidak di naiki banjir...

dalam kesempatan berada di kampung halaman,sempat utk ku bermesra dengan kucing kesayangan abg aku yg di beri nama simba..sgt overweight tak sesuai ngan umur yg tak sampai setahun pun lagi..

tgk la aksi2 simba yg mungkin mmbuat aku tringat utk pulang ke kpg dan memeluknya sepuas hatiku.ehehe





Sunday, September 26, 2010

Selamat Hari Raya..Open house open house open house!

Masih belum terlewat utk mengucapkan selamat hari raya kepada semua..sedar tak sedar kita dah berada di pertengahan syawal.

alhamdulillah masok semalam (26-9-2010),aku dah selamat membuat 2 open house.selalunya 1 je org buat tp aku buat 2 kali..kenapa ya?sbbnya..masa raya ke 4 hari tu,hanya di hadiri oleh rakan taulan jauh dan dekat..kali ini di buat utk student2.maaflah tak dpt nak jemput semua..belum ada rezeki..mungkin suatu hari nanti ya..di sini ada beberapa keping gmbar utk tontonan semua..


hidangan yg di sediakan untuk tetamu


wan dan osman menikmati hidangan


hasbul dan ali..tgk ali..mak aih..

ali,wan dan osman yg teruja ngan cupcakes


serius saja muka yg lain kecuali din


sepon ngan bani yg serius menikmati hidangan


apa la yg miss zu ngan sepon sembangkan tu?


rizal,razis & ammar..si razis ni main je bila gmbo dia kena amik

thanks to hud and abdul aziz for their pleasant to come


si zul yg mmg bersungguh2 menikmati hidangan


apalah yg depa tgk tu?

Saturday, September 04, 2010

Alhamdulillah..








Alhamdulillah hari yang menggembirakan buat aku dan kawan kawan yg lain apabila bb menjemput kami untuk berbuka puasa di rumah ibu mertua beliau di jalan pegawai..kami mmg teruja habis lebih2 lagi apabila mendapat tahu ianya di sertai oleh Tun Dr Mahathir dan isteri beliau Tun Hasmah....


Thanks a lot to bb and her family for inviting us..happy sgt2 dpt bergather kembali especially berjumpa kembali dengan Ummi Rahil (we call her CK) setelah 10 thn berpisah (ala2 jejak kasih gitu)ehhehe...

Saturday, August 08, 2009

Selamat Pengantin Baru Coy



hari ini 8/8/09 merupakan tarikh yg bahagia buat kakak senior aku,coy nurul..aku kenal coy dah lama..sejak di matrik.uniknya kami berkenal di alam maya iaitu di MIRC..aku tak sangka coy sebenarnya adalah senior BEN aku..mulanya aku agak keberatan utk berjumpak ngan dia (mcm dating plak) tp akhirnya kami berjumpa..ketika itu jamuan hari raya budak2 BEN di HS cafe.

Coy adalah kawan yg sporting.amat suka berjalan2..aku berkesempatan jugak utk berjimba2 bersama bliau ketika zaman belajar.Habis belajar,bliau mendapat KPLI di johor dan aku pulang ke kedah..

Coy, aku minta maaf sgt2 kerna tk dpt menghadiri ke majlis pernikahan ko.mmg aku tringin sgt nk tgk ko kawen.apa kan daya keadaan tak mengizinkan.apa pun aku nak ucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU..selamat menempuh alam rumah tangga =)

p/s:aku ltk gmbo perkahwinan ko utk tatapan umum

Welcoming Baby Boy


kawan amnetku,laling nashaajis telah selamat melahirkan baby lelaki pada 7 ogos 2009 pada pukul 3.45ptg..tahniah laling..selamat berpantang ya selepas ni..muahh!~

WELCOME TO NEW WORLD Muhammad Ar-Rayyan Eskandar bin Ishak

Friday, August 07, 2009

H1N1!!!!!

OMG!!i couldn't believe that INSANIAH is closed due to H1N1...mmg hari Selasa tu dah di kira darurat kt KUIN memandangkan terlalu byk suspected case di lapurkan..maka petang itu,ustazah azlina membuat pengunguman bahawa KUIN di tutup..

tapi yg tak bestnya staff kena kerja mcm biasa!!apa lagi,aku pun mengambil langkah drastik utk tidak pergi kerja pada keesokkan harinya.huehueh..tp yg hampehnya hari khamis tu kami di arahkan dtg memandangkan ada meeting dgn satu company.jadi langkah terbaik adalah dengan memakai mask..tgk la rakan2 pusat bahasa yg sememangnya mengikut arahan utk menjaga kesihatan mereka!!~







KUIS, Kuin diarah tutup

KUALA LUMPUR 5 Ogos - Dua buah lagi institusi pengajian tinggi (IPT) terpaksa ditutup setelah sebahagian pelajarnya dikesan menghidapi penyakit seperti influenza (ILI).

Dua IPT terlibat adalah Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) di Bangi dan Kolej Universiti Islam Insaniah (Kuin) di Alor Setar.

Timbalan Rektor (Akademik dan Pembangunan Mahasiswa) KUIS, Mohd. Khairi Hussin berkata, institusi itu terpaksa ditutup selepas diarah berbuat demikian oleh Kementerian Kesihatan bermula semalam hingga 10 Ogos.

"Langkah ini diambil selepas sejumlah pelajar KUIS dikesan dijangkiti ILI,'' katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, dengan arahan penutupan itu, seramai 6,000 pelajar KUIS telah diarahkan pulang ke rumah masing-masing.

"Setakat ini seramai 80 pelajar telah dibawa ke hospital berdekatan untuk tindakan lanjut dan kemungkinan jumlahnya akan bertambah kerana ujian makmal masih dijalankan terhadap beberapa sampel pelajar yang demam serta mengalami tanda-tanda penyakit itu,'' katanya.

Sementara itu di ALOR SETAR, Kuin ditutup selama 10 hari mulai hari ini setelah 170 pelajarnya didapati mempunyai simptom jangkitan influenza A (H1N1), dua hari selepas majlis konvokesyennya berakhir.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang mengumumkan perkara itu berkata, kes itu dikesan hari ini membabitkan pelajar kampus Alor Setar.

"Mereka hanya mempunyai simptom penyakit itu namun belum ada yang disahkan positif. Kesemua pelajar terbabit dikuarantin di asrama Kuin di Mergong," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri di Wisma Darul Aman di sini.

Azizan berkata, pelajar lain diarah pulang bercuti di kampung masing-masing.

Katanya, cuma kampus utama Alor Setar ditutup manakala kampus cawangan Sungai Petani beroperasi seperti biasa.

Lebih 3,000 pelajar termasuk pelajar luar negara menuntut di Kuin. Daripada jumlah itu hampir 2,000 belajar di kampus Alor Setar.

p/s: KREDIT TO UTUSAN MELAYSIA,6 Ogos 09

Wednesday, August 05, 2009

Konvokesyen ke 11 Insaniah.

Last Monday was a blasting day for Insaniah graduands as they had their convocation day..me myself was excited to see my ex-students received the scroll from the Sultan of Kedah.

Sepanjang tempoh konvokesyen,pelbagai gerai terdapat di sana dengan pelbagai jualan..ini termasukla kedai kak busra yg menjual mug konvo dan roti john yg mmg sedappp...









haa.ni la kedai miss busyraaa



Sultan tgh Bg ucapan


Malamnya kami sempat menghadiri dinner utk para graduan..apa pun tahniah di ucapkan kepada semua..

Friday, June 26, 2009

Lagi Kelam Kabut..

Hari ni (rabu 24 jun) merupakan hari terakhir aku megajar kelas intensive utk muamalat..tp sengal betul,budak2 ni dh present in english siap pergi translate ke malay plak..tp aku biarkan je la sbb tgk derang ni sgt bersungguh2 nak membincangkan isu “recycling?”tersengih2 aku tgk derang saling ..argue utk topic itu.it seems quite an adorable situation.hahahha…

Habes je kelas, sekali lagi aku mengalami hari2 yang sungguh kelam kabut..rabu lepas aku bersama 4 ofismate yg lain terpaksa stayback sehingga lewat malam utk menyiapkan beberapa kerja.pertamanya jadual pengajaran sem br akan datang terpaksa di rombak semula kerana kedatangan pelajar baru yang terlalu ramai..bygkan la klau sebelum ni,group English plg byk utk satu kuliyah pun dalam 6 group dh bertambah kepada 13 group..

di smping itu juga,proses2 utk menstreaming kelas2 giat di jalankan sepanjang malam itu..mmg memenatkan..tgk saja la kertas2 exam budak2.itu hanya separuh overview..hihihihi



antara kertas2 exam students

esokkan telah telah di adakan majlis penutupan utk budak2 intensive dgn di hadiri oleh encik Latif,Tuan Haji Noh,Dr Bad, Dr Bakhir, Puan Aida (bos), ustazah Azlina dan faci2 dr English dan Arabic unit…mula2 tu cuak la juga sbb masa tu, program taklimat mengenai transfer kredit utk student 2nd intake sedang di jalankan di dewan sedangkan masa utk program penutupan intensive dah semakin dekat.mujurlah akhirnya taklimat itu selesai..

emcee utk program hari itu ialah kak busyra dan kak wee.a combination of English and Arabic language.wah wah wah…selesai je majlis, kami terus bersiap2 utk menyediakan hidangan utk student2 ni..penat mmg penat…






Friday, June 19, 2009

Minggu Yg Kucar Kacir

aku menjalani mingguan yg agak kucar kacir semenjak dari minggu lps selepas sempat pergi ke laguna utk menghadiri kursus mengenai pengajaran dan pembelajaran..sempat pergi hanya utk 2 sessi sebelum di arahkan pulang utk menyiapkan kerja2 di insaniah.

sempat juga aku mendengar ucap dari mantan rektor uia yg agak aku kagumi iaitu prof dr kamal hasan..ucapan bliau walaupun agak tinggi,aku sedaya upaya utk memahaminya.heh.



bermula ahad (14jun) yg lalu maka bermulalah kursus intensive utk pelajar2 baru di insaniah..kursus ini berlangsung selama 2 minggu..bg aku ianya agak mncabar kerana kelas yg di sediakan sedang di baik pulih (dahulunya adalah asrama),dengan kemudahan yg agak kekurangan..apa pun aku gembira kerana student2 aku smuanya baik2 dan mendengar kata (harapnya lepas ni pun mcm itu juga la ye)

smalam (18jun),aku berkesempatan keluar mkn2 dengan falena dan azza,tak ku sedari kereta aku telah di calarkan oleh insan yg tak bertanggung jawap.mmg terkejut.apa la aku nak jawap dkt ayah aku nanti..mujurlah ayah aku tk marah..slamat.slamat..kepada org yg suka mendengki,jgn la suka2 hari utk merosakkan harta menda milik org.jagalah harta menda sendiri.



salah satu kesan calaran.bapak aku dh polish skit dah

Wednesday, June 10, 2009

Berjimba jimba bersama Syura dan Nis!~

isnin, 7 june 09, aku mendapat sms dari syura mengatakan bahawa bliau sudah menghampiri plaza tol alor star.tanpa berlengah,aku menalipon dan mengajar bliau keluar setelah hampir 2 thn tidak ketemu (rasanya last jumpak masa convo 07 yg lps

aku mengambil nis di rumah bliau memandangkan jalannya sehala danmengambil syura utk berjimba2 di jitra.kami ke secret recipe.pelbagai cerita yang kami bertiga kongsi bersama.pendek cerita malam baru kami pulang ke rumah!

kepada kawan2 yg lain,bila lagi nk jumpak ye?

Saturday, June 06, 2009

Selamat Pengantin Baru Kak Wee & Izani!!~

hari ni geng2 pusat bahasa telah berkonvoi ke majlis perkahwinan kak wee di kuala ketil.ketua konvoi adalah su dan suami (encik wan)..perjalanan yg kami tempuhi agak mencabar dengan laluan2 yg berliku (kalau aku yg bawak keta ni,sure tk lps)hehe..kami sempat membuat havoc di rumah pengantin.ish ish ish..apa2 pun di ucapkan selamat pengantin baru kepada kak wee dan suami..semoga berbahagia ke akhir hayat..tak sabaq tunggu kak wee masuk opis balik.eehe



ptg tu aku,smpai ke alor star,aku terus menuju ke rumah izani utk perkahwinan bliau.malangnya bliau dan suami tiada kerana outdoor photo shoot...agak keciwa jugak la aku..sempat aku berborak dengan mak izani..selamat pengantin baru untuk izani dan amad!!~


(gambar ni aku cilok dari friendster husband bliau.comelkan pasangan pengantin ni =))