Friday, August 07, 2009

H1N1!!!!!

OMG!!i couldn't believe that INSANIAH is closed due to H1N1...mmg hari Selasa tu dah di kira darurat kt KUIN memandangkan terlalu byk suspected case di lapurkan..maka petang itu,ustazah azlina membuat pengunguman bahawa KUIN di tutup..

tapi yg tak bestnya staff kena kerja mcm biasa!!apa lagi,aku pun mengambil langkah drastik utk tidak pergi kerja pada keesokkan harinya.huehueh..tp yg hampehnya hari khamis tu kami di arahkan dtg memandangkan ada meeting dgn satu company.jadi langkah terbaik adalah dengan memakai mask..tgk la rakan2 pusat bahasa yg sememangnya mengikut arahan utk menjaga kesihatan mereka!!~







KUIS, Kuin diarah tutup

KUALA LUMPUR 5 Ogos - Dua buah lagi institusi pengajian tinggi (IPT) terpaksa ditutup setelah sebahagian pelajarnya dikesan menghidapi penyakit seperti influenza (ILI).

Dua IPT terlibat adalah Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) di Bangi dan Kolej Universiti Islam Insaniah (Kuin) di Alor Setar.

Timbalan Rektor (Akademik dan Pembangunan Mahasiswa) KUIS, Mohd. Khairi Hussin berkata, institusi itu terpaksa ditutup selepas diarah berbuat demikian oleh Kementerian Kesihatan bermula semalam hingga 10 Ogos.

"Langkah ini diambil selepas sejumlah pelajar KUIS dikesan dijangkiti ILI,'' katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, dengan arahan penutupan itu, seramai 6,000 pelajar KUIS telah diarahkan pulang ke rumah masing-masing.

"Setakat ini seramai 80 pelajar telah dibawa ke hospital berdekatan untuk tindakan lanjut dan kemungkinan jumlahnya akan bertambah kerana ujian makmal masih dijalankan terhadap beberapa sampel pelajar yang demam serta mengalami tanda-tanda penyakit itu,'' katanya.

Sementara itu di ALOR SETAR, Kuin ditutup selama 10 hari mulai hari ini setelah 170 pelajarnya didapati mempunyai simptom jangkitan influenza A (H1N1), dua hari selepas majlis konvokesyennya berakhir.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang mengumumkan perkara itu berkata, kes itu dikesan hari ini membabitkan pelajar kampus Alor Setar.

"Mereka hanya mempunyai simptom penyakit itu namun belum ada yang disahkan positif. Kesemua pelajar terbabit dikuarantin di asrama Kuin di Mergong," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri di Wisma Darul Aman di sini.

Azizan berkata, pelajar lain diarah pulang bercuti di kampung masing-masing.

Katanya, cuma kampus utama Alor Setar ditutup manakala kampus cawangan Sungai Petani beroperasi seperti biasa.

Lebih 3,000 pelajar termasuk pelajar luar negara menuntut di Kuin. Daripada jumlah itu hampir 2,000 belajar di kampus Alor Setar.

p/s: KREDIT TO UTUSAN MELAYSIA,6 Ogos 09

0 comments: