pernah kah anda mendengar sindrom gila stereng?sudah pasti anda pernah mendengarnya.mengikut pada kefahaman saya tanpa merujuk mana2 kamus,gila stereng merujuk kepada keinginan yang melampau terhadap kelakuan ingin memandu (oh!maafkan saya pakar bahasa,sy kurang arif mengatur bahasa)
persoalannya sekarang..adakah saya bakal di kategorikan dlm kumpulan gila stereng?smuanya kerana apabila saya telah mendapatkan lesen P pada pagi ini.lebar senyuman saya di dalam kelas.tidak pasti apa yang akan di fikirkan oleh pelajar saya ketika saya tersengih membaca sms yg di terima (barangkali mereka fikir sms itu datang dari buah hati pengarang jantung saya.oh tidak!)
pulang dari kerja,begitu teruja sekali saya menunggu ayah pulang dari kerja kerana beliau yang mengambil lesen itu dari institut tpt saya belajar.saya tersengih mcm kerang busuk (saya rasa sengihan saya seribu kali lebih manis dari kerang2 yang sudah sminggu tidak mendapat sambutan di pasar2 menjual brangan basah)..sepantas kilat,saya mengambil pelekat P dan melekatkannya pada kereta saya(ayah,izinkan saya mengaku kereta yg ayah bli itu adalah kepunyaan saya di dlm blog ini ya)
masa mencemburui..waktu berbuka hampir tiba..tidak dapat saya menyambung cita2 saya sama ada untuk mengundur kereta hatta sedikit apatah lagi untuk bersiar2 di sekitar tmn.sehingga ke saat malam,ayah saya enggan memberikan saya peluang utk saya memegang stereng utk memacu kereta kerana bimbang akan keselamatan..kata ayah,esok petang sekiranya ada masa,pasti akan mengajar saya memandu kereta di sekitar taman.
soalan saya:adakah anda yang membaca blog ini mengalami sindrom gila stereng seperti apa yg saya rasakan sekarang ini,marilah kita kongsi bersama2.sekian.
p/s:maaf akan keanehan lenggok bahasa pada posting kali ini.