Saturday, August 08, 2009

Selamat Pengantin Baru Coy



hari ini 8/8/09 merupakan tarikh yg bahagia buat kakak senior aku,coy nurul..aku kenal coy dah lama..sejak di matrik.uniknya kami berkenal di alam maya iaitu di MIRC..aku tak sangka coy sebenarnya adalah senior BEN aku..mulanya aku agak keberatan utk berjumpak ngan dia (mcm dating plak) tp akhirnya kami berjumpa..ketika itu jamuan hari raya budak2 BEN di HS cafe.

Coy adalah kawan yg sporting.amat suka berjalan2..aku berkesempatan jugak utk berjimba2 bersama bliau ketika zaman belajar.Habis belajar,bliau mendapat KPLI di johor dan aku pulang ke kedah..

Coy, aku minta maaf sgt2 kerna tk dpt menghadiri ke majlis pernikahan ko.mmg aku tringin sgt nk tgk ko kawen.apa kan daya keadaan tak mengizinkan.apa pun aku nak ucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU..selamat menempuh alam rumah tangga =)

p/s:aku ltk gmbo perkahwinan ko utk tatapan umum

Welcoming Baby Boy


kawan amnetku,laling nashaajis telah selamat melahirkan baby lelaki pada 7 ogos 2009 pada pukul 3.45ptg..tahniah laling..selamat berpantang ya selepas ni..muahh!~

WELCOME TO NEW WORLD Muhammad Ar-Rayyan Eskandar bin Ishak

Friday, August 07, 2009

H1N1!!!!!

OMG!!i couldn't believe that INSANIAH is closed due to H1N1...mmg hari Selasa tu dah di kira darurat kt KUIN memandangkan terlalu byk suspected case di lapurkan..maka petang itu,ustazah azlina membuat pengunguman bahawa KUIN di tutup..

tapi yg tak bestnya staff kena kerja mcm biasa!!apa lagi,aku pun mengambil langkah drastik utk tidak pergi kerja pada keesokkan harinya.huehueh..tp yg hampehnya hari khamis tu kami di arahkan dtg memandangkan ada meeting dgn satu company.jadi langkah terbaik adalah dengan memakai mask..tgk la rakan2 pusat bahasa yg sememangnya mengikut arahan utk menjaga kesihatan mereka!!~







KUIS, Kuin diarah tutup

KUALA LUMPUR 5 Ogos - Dua buah lagi institusi pengajian tinggi (IPT) terpaksa ditutup setelah sebahagian pelajarnya dikesan menghidapi penyakit seperti influenza (ILI).

Dua IPT terlibat adalah Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) di Bangi dan Kolej Universiti Islam Insaniah (Kuin) di Alor Setar.

Timbalan Rektor (Akademik dan Pembangunan Mahasiswa) KUIS, Mohd. Khairi Hussin berkata, institusi itu terpaksa ditutup selepas diarah berbuat demikian oleh Kementerian Kesihatan bermula semalam hingga 10 Ogos.

"Langkah ini diambil selepas sejumlah pelajar KUIS dikesan dijangkiti ILI,'' katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, dengan arahan penutupan itu, seramai 6,000 pelajar KUIS telah diarahkan pulang ke rumah masing-masing.

"Setakat ini seramai 80 pelajar telah dibawa ke hospital berdekatan untuk tindakan lanjut dan kemungkinan jumlahnya akan bertambah kerana ujian makmal masih dijalankan terhadap beberapa sampel pelajar yang demam serta mengalami tanda-tanda penyakit itu,'' katanya.

Sementara itu di ALOR SETAR, Kuin ditutup selama 10 hari mulai hari ini setelah 170 pelajarnya didapati mempunyai simptom jangkitan influenza A (H1N1), dua hari selepas majlis konvokesyennya berakhir.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang mengumumkan perkara itu berkata, kes itu dikesan hari ini membabitkan pelajar kampus Alor Setar.

"Mereka hanya mempunyai simptom penyakit itu namun belum ada yang disahkan positif. Kesemua pelajar terbabit dikuarantin di asrama Kuin di Mergong," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri di Wisma Darul Aman di sini.

Azizan berkata, pelajar lain diarah pulang bercuti di kampung masing-masing.

Katanya, cuma kampus utama Alor Setar ditutup manakala kampus cawangan Sungai Petani beroperasi seperti biasa.

Lebih 3,000 pelajar termasuk pelajar luar negara menuntut di Kuin. Daripada jumlah itu hampir 2,000 belajar di kampus Alor Setar.

p/s: KREDIT TO UTUSAN MELAYSIA,6 Ogos 09

Wednesday, August 05, 2009

Konvokesyen ke 11 Insaniah.

Last Monday was a blasting day for Insaniah graduands as they had their convocation day..me myself was excited to see my ex-students received the scroll from the Sultan of Kedah.

Sepanjang tempoh konvokesyen,pelbagai gerai terdapat di sana dengan pelbagai jualan..ini termasukla kedai kak busra yg menjual mug konvo dan roti john yg mmg sedappp...









haa.ni la kedai miss busyraaa



Sultan tgh Bg ucapan


Malamnya kami sempat menghadiri dinner utk para graduan..apa pun tahniah di ucapkan kepada semua..