Saturday, April 18, 2009

Penang ooOOo Penang!~

aku di tugaskan bersama2 dengan kak naza ke dewan milenium di kepala batas untuk mempromosikan insaniah bersemperna dengan pameran pendidikan zon utara yg di adakan selama dua hari bermula 15 april sehingga 16 april..pada asalnya,aku ke sana dengan menaiki kenderaan kolej tp memandangkan khabar memberitahu bahawa aku akan menaiki van,aku menolak dan sanggup pergi dengan menaiki kenderaan sendiri memandangkan aku tidak sanggup menaiki van lagi...

maka aku ke sana bersama2 dengan nana seawal jam 8.30 pagi..kami smpai sejam kemudian..kalau nak di ikut,perjalanan dari exit kepala batas ke dewan milenium tu dekat saja tp kak naza telah mengambil aku dari highway..ustaz azki menelefon kami memberitahu bahawa kami ke sana dengan tangan kosong.ya tiada brochure mahupon apa sahaja utk di beri kepada org ramai.maka kami mengambil inisiatif utk memfotostat pamplet yg kebetulan mmg di simpan dalam kereta aku.

inilah pengalaman pertama aku berhadapan dengan orang ramai.cuak mmg cuak sbb aku tak tahu apa yg akan diperkatakan tentang insaniah..kami duduk seketika di booth yang kosong..hanya salinan fotostat yang ada.seorang pelajar dtg..kak naza memberi penerangan mengenai insaniah.tak lama kemudian,shah (pro) dtg bersama seorang lagi dtg membawa segala brochure dan banner.baru la aku berasa kembali bernafas..

sepanjang kami di sana,aku tak menyangka aku dpt berinteraksi dengan orang ramai walaupon ada sesetgh soalan yg di kemukan agak sukar di jawap...ramai yang berminat dengan kos nursing yg bakal di bukak di insaniah..

sebelum pulang,kami sempat bertukar2 gift dengan kolej2 swasta yg lain sebagai kenang kenangan.staff di kolej psdc juga telah bermurah hati utk membantu kami menanggalkan banner yang di lekatkan..terima kasih..selesai majlis, aku dan nana terus ke kpg halaman aku di kulim



kak naza dan nana (gmbar nana blur plak) sedang melayan org ramai


nana sedang menulis sesuatu

kak naza bergambar bersama baanner (gmbar eid pon ada..kuasa btul!~)

inilah brochure2 yg di sediakan

antara kolej2 yg mengambil bahagian dalam karninval ini






0 comments: