haaa..pada asalnya aku plan nak ajak student2 aku je memandangkan opismate aku yang lain nk ke sana dengan menaiki bas..tp di akhir minit mereka mengubah fikiran utk naik sekali dgn aku..jadinya tk jadilah nk bawak student aku sbb dh ramai..
jadi aku ke sana bersama2 kak busyra,kak wee dan nana dengan mengikuti kereta encik najib kerana kami tk tahu jln ke sana..malangnya encik najib memandu terlalu perlahan sehingga aku terpaksa memotong bliau lalu menunggu di exit sungai petani utara (laju aku still ikut had ye kawan2)
sesampai je di exit.kami menunggu seketika encik najib sebelum mengekori kereta bliau utk ke insaniah di sungai petani.di sana,kami mengambil nizam yg sedia menanti..aku tgk kampus kt sungai petani ok gk la.sempat gk aku ternampak faiz si bibir merah,husaini dan beberapa org insan maya..
perjalanan ke kuala ketil dari sungai petani memakan masa hampir setengah jam..jalan yg di lalui agak berliku sebelum smpai ke tpt pecah tanah..mmg kawasan tu penuh dgn pokok kelapa sawit.agak ramai polis yg menjaga di kawasan tersebut..sejurus smpai,kami memulakan operasi utk menitipkan brosure2 IF kepada hadirin yang dtg. Fakhrul Radhi (juara AQ3) juga smpai awal di situ..
setelah membuat kerja.kami keluar utk bersolat zohor di mesjid kuala ketil..setelah bersolat,kami kembali ke tpt kejadian.masa kami smpai mmg dh penuh kereta dan vip2 serta staf2 dari insaniah.geram aku pasukan rela tk benarkan aku parking di kawasan yg berdekatan,nasib ada laluan utk masok,jadinya apa lagi aku merempit la dlm hutan pokok sawit tu (ni rasanya kalau bapak aku tau,mampos aku kena marah)
kami tk dpt duduk di kawasan yg di sediakan memandang MB kedah telah smpai..jadinya kami duduk sahaja di blkng bersama hadirin yg lain..sememangnya ramai benar org yg dtg pd majlis pecah tanah itu.semoga impian menjadi kenyataan!!~
0 comments:
Post a Comment